TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 21 March 2018

IKEA : HI, KITE PART TIME PERSONAL SHOPPER! :)


4.3.2018| Last 2 weeks pergi IKEA Cheras beli barang sendiri dan dalam masa yang sama, beli yang kawan2 dan jiran order. Ekceli, kite buat part time Personal Shopper sekarang. Cakap jer nak order barang ape, IKEA, KAISON kedai Eco RM2, insyaallah semua boleh.. biasanya trip sebulan sekali lepas gaji gitewww. Warga Putrajaya/Kajang/Bangi, (SS boleh guna pos laju dll), just WA jer +60136696371 (Julie) 

Kul 10am dah sampai IKEA. Pergi awal takut stok abis. Plus pagi camtu tak seramai orang bila dah peak hour / tengahari / petang. So sampai jer terus misi mencari barang terlebih dahulu.












barang dah settle beli, masuk kete siap2 sebab nak gi makan plak pastu


Kali ni selain barang IKEA, kitorg beli mknn yang jiran2 kirim. Meatball dan karipap la terutamanya (bekas bagi siap2). Tu pun incek hubby yg volunteer nak tolong jiran2 yang tak dpt nak keluar / ade anak kecik menikmati hidangan di IKEA tu. Lepas iklan2 dalam group WA, banyak jugak tempahan dorang. Seronok sekali sekala dapat tolong jiran.


bekas tu saya collect mlm sblm pegi tu, dorg hantar sendiri ke rumah. 
ada jugak yg last minit pagi tu dtg hantar bekas. terliur tgk org order agaknya hehehe


Dah simpan barang dlm kete, so misi mencari makan plak. Tengahari kalo makan lambat, bisa menjadi migrain kepalanyaaaaaaa -_-' So kene makan cepat2 sebab pagi tu alas perut makan roti jer. Perutttt Melanau ni memang nak mknn berattt jerrr :p






garang macam mak tiri bawang putih plak mukaku disituuuuu -_-'












hasil tuaian / kiriman kawan2 & jiran. Barang kotak besar tak bawak naik rumah
Sebab nak delivery plak esoknya tu. 



geram tengok bekas ni walhal kaoo x sedo diri xde tempat nak buh dahhh :p












10 bekas meatball IKEA + 10 pek Karipap IKEA :)


Sebab pegi Q tu dah tengahari, maka redha la nak Q sepanjang nih -_-' 
Lepas ni kalu tak teringin sangat, memang tak rajin nak Q sini,
better cari makan area MyTown tu jer.. cepat dan tak payah berdiri lama nak Q hehehe


Rasanya last gi Ikea tu RM12 utk 10pcs meatball, 
pegi aritu ade dua (2) saiz jer sekarang ni. Regular & Large :) 


10 pek Karipap. Next time kalo jenjiran / kawan nak kirim, karipap jer la boleh.
Sebab Q dia tak lama dan tak sepanjang Q kat food court atas tu. 
Meatball ape sume tu maybe tak ambik sbb pegi sana ada time2 jer makan kat situ :)


Next trip insyaallah on 31.03.2018. 

Warga Putrajaya/Kajang/Bangi, (S/S boleh guna pos laju dll), just WA jer +60136696371 (Julie) TQ ;)


Thursday, 15 March 2018

SPM 2017 : ALHAMDULILLAH, TAHNIAH MY BABY HARIS


14.03.2018 | Pagi semalam result SPM 2017 keluar. Muhammad Haris (anak bongsu arwah kakak) whatsapp result dia pagi ni. Pagi tadi rasa nak call, tapi nanti2 laa kot dia tengah sibuk dengan kengkawan dia.

Baru nak call, dapat WA dari Fiza, kakak sulung dia. Nak post dalam group family kitorang, serba salah dia cakap. Kang ada yang sentap tengok result tu. Sebab dulu2 ade yg meroyan bila kite tanye result anak exam dpt berapa, tak jawab dpt berapa tapi dapat jawapan cam ni "..anak akak tak sepandai anak si polan.." erkkk... apekah ituuu? Bukan nak compare2 pun.

Pastu bukak plak WA group family, tengok Haris dah post dalam tu. Takpe la..yang meroyan pun dah left group berambus. Kalau dia tau pun, maybe dia skodeng2 dr hp orang lain kot..yang penting, orang negatif tak payah berWA dalam tu..semakkkkkkkkkkk.. hehehe.
































Rasanya tiap kali anak sedara exam, kite akan tanya soalan yang sama. Tak pernah pilih kasih. Takde anak sedara ni ditanya, anak sedara yang tu kite buat senyap cam tak wujud. Dan takde plak keluar ayat "..laa..dapat cam ni jer..tak pandai laa cam anak si polan..si polan.." Yang tu bukan haku la kot.. Tak pernah lagi nak menilai budak camtu. Tu kan kemampuan anak memasing. 

So, ni laa result penuh dia. Alhamdulillah..syukur sangat..sebenarnya x kisah pun dia dapat berapa A or takde A langsung. Takat mana hasil usaha dorang, terima jer la. Sama jugak result anak2 sedara yang lain. Ok ke tak OK ke..dah tu hasil usaha dorang. Tak jadik masalah besar sangat org nak pertikaikan. SPM tu cuma episod baru permulaan dalam hidup dorang. 





rasa sebak sangat tengok result tu. Entry ni pun dah 2x draf dari semalam tapi stop sebab tak boleh tahan bila teringat arwah kakak. Kalau la arwah kakak ade, mesti dia laa yang paling happy. Dalam 4 anak dia, tu laa satu-satunya anak bujang dia..buah hati intan payung. Mesti dia dah salin/tulis result tu dalam note kecik dalam hp dia, sama cam dia tulis result PT3 hari, 3 hari sebelum dia tiba2 meninggal semasa subuh, 16 Disember 2016, 2 tahun lepas. 

Result PT3 Haris hasil tulisan dan kenangan terakhir arwah kakak. credit to FB: Fiza

(Dan............................  sampai sekarang, masih lagi tak kuat rasa hati nak buat entry pasal kakak meninggal tiba2. Sebab, jari yang menaip sama laju dengan deraian air mata. Satu kejadian yang memberi impak yang sangat besar untuk family kami selain kisah abang Jaya tetiba strok dan sampai sekarang terlantar gitu jer. sob sobss..sobss... :'( 


 ni gambar masa amek result PT3 dia 2 tahun lepas 
amek result hari Isnin (14.12.2016) dengan ditemani arwah kakak,
hari rabunya, (16.12.2016) waktu subuh kakak meninggal tiba2 :'(
pergi tanpa pesan, tanpa menunjukkan apa2 tanda 


Dalam WA group family, seronok bila tengok sepupu2 dia ucap tahniah. Pak sedara..mak sedara... Tu cara kita support family kita. Tak kira susah dan senang. So, tak perlu sentap2 yerrr... Terima kekurangan dan kelebihan orang lain seadanya. Jadilah manusia yang sentiasa berfikiran positif. 

Jauhi perasaan dengki atau busuk hati atau rasa malu dengan kekurangan yang anak2 perolehi. Nanti anak2 mesti sedih kalau mak ayah tak yakin dengan kemampuan mereka. Malu dengan pencapaian mereka. Kadang2 anak yang tak cemerlang akademik tu la nanti yang lebih banyak menjaga kita bila dah tua sementara anak2 yang berjaya tu sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.. biasanya gitu laa walaupun tak semua. 


Ada yang cemerlang SPM, tapi tak la berjaya sangat dalam hidup pun, sebab sekolah malas, dalam kelas lawan cikgu, tak siap keje rumah, belajar tak tinggi (haku lettewww kahjkahkahh!!!) tapi boleh la setakat nak sara diri sendiri. Nak bersedih hidup tak semewah orang lain tu tidak ler. Ku sedar diri ini..lifestyle biar sepadan dengan kelayakan akademik kehkehkehh. Masa tu rasa nak belajar lagi, tapi kekangan kewangan. Ishh sedih jugak nak flashback zaman tu. Zaman menagih simpati abg2 demi nak dapatkan RM10 untuk belanja makan memalam. Sekarang plak nak sambung belajar, komitmen lain plakk, otak makin beku..tengok la nanti2 cane. hihi

Ada antara kita yang tak cemerlang SPM, tapi berkat usaha, ade sijil, pastu amek diploma, degree dan seterusnya... Akhirnya berjaya jugak,. Semua tu atas usaha diri sendiri. Dimana ada kemahuan, kat situ ada jalan. 

Buat Haris, EE @ Maksu sayang Haris...sama sayang macam anak2 sedara yang lain. Mungkin sayang sedikit lebih sebab Haris dah takde emak nak tumpang kasih sayang. Dari kecik EE tengok Haris membesar sebab tu jer yang terdekat & selalu jumpa berbanding yang lain. Dah anggap Haris macam anak sendiri. Mak Haris dah takde, bermaknak EE dah takde kakak. EE doakan semoga Haris terus berjaya dalam hidup..di dunia jua akhirat. amin2..Insyaallah..

how time fliesssssssssss :(


status2 anak arwah kakak yang sentiasa buatku sebak :'(


satu2nya buah hati pengarang jantung & hero kesayangan



Al-Fatihah Kak Faridah. 
sejak dari 16.12.2015 sampai sekarang,
 masih lagi tak kuat untuk  menceritakan detik2 kehilangan mu secara tiba2 itu. 




Wednesday, 28 February 2018

ABG JAYA APPOINTMENT BUAT ACUAN TANGAN & KAKI HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) 4.12.2017



4 Disember 2017 | Gambar Along Mae @ Kakak ipar (wife abg no.2) wasap. Masuk dalam draf. Tiap kali nak update, nak karang cite pasal abang yang no.2 ni..., setiap kali tu laa air mata laju sama dengan menaip. Ramai jugak kawan2 dan sepupu tanya perkembangan abang... jawab gitu jer la. Masih cam tu..terbaring. tak kenal orang sape.. cam baby. Minum susu ikut tiub, tukar lampin, kadang2 buat neb, sedut kahak. Kadang2 kene sawan (skrg dah jarang). Semua Along dan anak2 buah yang buat. 

Sekarang abang kat umah mentua kat Lundu, Sarawak. Mentuanya jaga sebab Along dan anak2 sekolah di Kuching. Wiken or cuti sekolah, dorang balik Lundu or bawak abang gi Kuching. Tapi dengan keadaan abang camtu, susah jugak nak gerak2. Nak cite lebih2 pasal abang, hati tak kuat..air mata lah masalahnya. Still susah nak terima keadaan macam ni tiba2 jadik dalam keluarga kami..sobs..sobsss...






Ni gambar masa dorang hantar Abang Jaya @ Cikgu Sams appointment ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk buat acuan tangan dan kaki. Syirazi (anak sulung) dan Aini (anak no.2) ade kelas.. sorang kat Politeknik..sorang kat Uitm.. so tak dapat join sekali angkat ayahnya (abg). So terpaksa la harapkan Haziq (anak no.3) untuk angkat ayahnya masuk kete.

Along cakap yang budak kecik 3 orang, Nadia (anak sulung abg yang no.3), Nabila (anak kedua abg yg no.3) dengan Wawa (anak bongsu abg yang sakit tu) la tolong angkat beg2 ape yang patut.

Sebelum ni abang Jaya guna acuan tangan dengan kaki jugak tapi mende tu kene selenggara. Yang kali ni pulak buat acuan untuk kaki time baring. Sebelum ni dah buat acuan kaki untuk dia duduk. Badan dia alhamdulillah tak kurus cam yang pesakit strok biasa kita tengok tu. Badan dia sedikit berisi dari biasa masa dia sihat walafiat dulu.

Masa abang sihat dulu..dia sangat2 aktif. Sibuk dengan tugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), pastu tukar jadik cikgu Kokurikulum kat SMK (A) Matang 2, Kuching. Weekend or cuti sekolah sama jer sibuk dia.. cam tak bercuti pun ade. Pastu bila balik kampung, dia pun sibuk jugak. Repair umah sana sini dengan anak-anaknya. Semua tak kekok buat keje2 bertukang. Sampai la 28/3/2014 mengubah segala-galanya dalam hidup kami sekeluarga. :'(





stop laa dulu..menaip kat opis dengan linangan air mata, kang orang ingat gaduh ngan laki plakk...sambung next time.. 


Friday, 23 February 2018

SAMBUTAN HARI LAHIR PEGAWAI & KAKITANGAN SPF, JPM OKT 2017 - MAC 2018




23.02.2018 (Jumaat) | Entry freshhhh dari oven. Bukan selalu lepas apa2 event terus nak update dalam blog. Biasa peram dulu sebab penyakit M kronikkk.. hahaha.. hari ni sebab ade masa terluang, terus update dalam blog. 

Citenyer, arini berlangsunglah majlis sambutan hari lahir untuk pegawai dan kakitangan seksyen kitorang (SPF) lepas bape kali tangguh dari bulan 10 tahun lepas lagi. Mula2 memang nak buat tahun lepas (lepas kite dapat APC entry pun bersusun x update lagikkk) sebab 2nd bos dah hint2 bile nak belanjerrrrrrrr nasik arabbbbb tapi masa tu memasing sibuk nak tutup acc, semua kene settlekan payment ape sume tu. 

Lepas tu plak, masuk awal tahun..ade plak event lain yang pegawai2 kene buat cepat. So tangguh lagi.. lepas tu, cuti tahun baru cina nak buat majlisnyer tapi ramai plak yang bercuti time tu. So tangggguhhhh sampai la senin lepas bincang2 terus decide nak buat. Zati yang jaga bajet plak tanye ok ker tak nak buat sebab menu utamanyar (nasik arab) kite yang sponsss. Dia risau sebab gomen gaji awal, pastu minggu ni nak buatnyer takut bajet dah lari. So kite on jer laa..tak lepas plak rasa selagi tak buat.

So, pagi tadikkkk 10.00 mintak bebudak ni drive & teman gi Uniten amek nasik arab 20pek yang dah order thru wasap selasa lepas.  


dua orang yg kiri ngan kanan tu budak baru nak up  baru lapor diri
tengah menunggu tunggakan gaji masuk kehkehkeh
bertuah dorang muda2 dah masuk gomen. Dedua lantikan JKR.


 yang menggantung deko2 belakang tu idea dorang ler.
harap kitorang buat, mane la rajin nak mendeko
sebab majlis simple2 jer. makan santai2


Kek bedeyyy, Kek Red Velvet nih bos belanjerrrr
TQ Bosss...sedappppp tak manis sangat  RM100 sebijik nih




 pun bos belanjer cupcake choc. Moist dan tak manis melampau. RM80 untuk 25pcs nih


 Bekas air baru rasmi. Aritu konon beli nak guna time raya
tapi raya pun tak rajin nak buat makan2, so simpan balik.
Beli kat Jusco masa sales bulan posa thn lepas.


 Agar-agar Santan Zati buat. Sedappp




 Nasik arab mandi (mandy) dan tak mandi (roasted)


 masa ni menunggu opismet dari blok lain sampai.
Muka memasing kelaparan






 Penyampaian sumbangan Bos dapat baby boy no.3 6/12/2017 aritu.






 weolssssssss yang sambut bday antara Okt17 - 3/2018.
Akhirnya dapat jugak cipta moment sambut bday kat opis
Sebelum ni orang lain yang uruskan majlis2 camni
so dia buat time bday dia jer la..  siap collect duit dari pegawai2 kat opis lg tu kahkahkahh








 tak tau ape yang mak buyung tu happy sangat kehkeh




 the best team SPF 2018
Mane tau ni last event kat JPM hahahahh :p








 Kek Red Velvet


 ni otai opis kitorang, Wak @ Ahmad Aseri
ni dapat sumbangan terima menantu minggu lepas


 Nurul pulak dapat sumbangan kebajikan bg pihak suaminya
ujung bulan 11 aritu asbennyer eksiden kat highway masuk Putrajaya. 




ni tapau untuk Azrai, budak despatch opis ni. 


Kisahnyer, dia belikan kek untuk mak dia semalam, pastu masuk peti ais opis..lupa bawak balik. Pagi ni plak ade akak tu nampak ade kek atas meja, dia terus potong la sebab ingatkan kek sumbangan dari sape2 untuk majlis arini.

Pastu masa kek tu dah hidang atas meja, si Azrai ni tanye kek tu sape beli sambil muka blur2. Kite plak dengan kompidennyer cakap la Kak masni kot beli...sebab kak masni jenis suka beli makanan & letak kat opis untuk makan2,.

Rupa-rupanya kek azrai nak bawak balik bagi mak nyer. So kitorang bg balik kek tu dengan keadaan tak sempurna sebab dah potong tapi top up kan dengan cupcakes. Kelakar plak rasa arini. Sure azrai pelik kenapa orang potong kek dia beli, walhal takde cakap pun untuk buat makan2 kat opis. hahahah

Sorry tau azraiiiiiiiiiiiiiii..wrong timing ko nak simpan kek kat peti ais opis arini..kehkehkehh





❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...