TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Thursday, 15 March 2018

SPM 2017 : ALHAMDULILLAH, TAHNIAH MY BABY HARIS


14.03.2018 | Pagi semalam result SPM 2017 keluar. Muhammad Haris (anak bongsu arwah kakak) whatsapp result dia pagi ni. Pagi tadi rasa nak call, tapi nanti2 laa kot dia tengah sibuk dengan kengkawan dia.

Baru nak call, dapat WA dari Fiza, kakak sulung dia. Nak post dalam group family kitorang, serba salah dia cakap. Kang ada yang sentap tengok result tu. Sebab dulu2 ade yg meroyan bila kite tanye result anak exam dpt berapa, tak jawab dpt berapa tapi dapat jawapan cam ni "..anak akak tak sepandai anak si polan.." erkkk... apekah ituuu? Bukan nak compare2 pun.

Pastu bukak plak WA group family, tengok Haris dah post dalam tu. Takpe la..yang meroyan pun dah left group berambus. Kalau dia tau pun, maybe dia skodeng2 dr hp orang lain kot..yang penting, orang negatif tak payah berWA dalam tu..semakkkkkkkkkkk.. hehehe.
































Rasanya tiap kali anak sedara exam, kite akan tanya soalan yang sama. Tak pernah pilih kasih. Takde anak sedara ni ditanya, anak sedara yang tu kite buat senyap cam tak wujud. Dan takde plak keluar ayat "..laa..dapat cam ni jer..tak pandai laa cam anak si polan..si polan.." Yang tu bukan haku la kot.. Tak pernah lagi nak menilai budak camtu. Tu kan kemampuan anak memasing. 

So, ni laa result penuh dia. Alhamdulillah..syukur sangat..sebenarnya x kisah pun dia dapat berapa A or takde A langsung. Takat mana hasil usaha dorang, terima jer la. Sama jugak result anak2 sedara yang lain. Ok ke tak OK ke..dah tu hasil usaha dorang. Tak jadik masalah besar sangat org nak pertikaikan. SPM tu cuma episod baru permulaan dalam hidup dorang. 





rasa sebak sangat tengok result tu. Entry ni pun dah 2x draf dari semalam tapi stop sebab tak boleh tahan bila teringat arwah kakak. Kalau la arwah kakak ade, mesti dia laa yang paling happy. Dalam 4 anak dia, tu laa satu-satunya anak bujang dia..buah hati intan payung. Mesti dia dah salin/tulis result tu dalam note kecik dalam hp dia, sama cam dia tulis result PT3 hari, 3 hari sebelum dia tiba2 meninggal semasa subuh, 16 Disember 2016, 2 tahun lepas. 

Result PT3 Haris hasil tulisan dan kenangan terakhir arwah kakak. credit to FB: Fiza

(Dan............................  sampai sekarang, masih lagi tak kuat rasa hati nak buat entry pasal kakak meninggal tiba2. Sebab, jari yang menaip sama laju dengan deraian air mata. Satu kejadian yang memberi impak yang sangat besar untuk family kami selain kisah abang Jaya tetiba strok dan sampai sekarang terlantar gitu jer. sob sobss..sobss... :'( 


 ni gambar masa amek result PT3 dia 2 tahun lepas 
amek result hari Isnin (14.12.2016) dengan ditemani arwah kakak,
hari rabunya, (16.12.2016) waktu subuh kakak meninggal tiba2 :'(
pergi tanpa pesan, tanpa menunjukkan apa2 tanda 


Dalam WA group family, seronok bila tengok sepupu2 dia ucap tahniah. Pak sedara..mak sedara... Tu cara kita support family kita. Tak kira susah dan senang. So, tak perlu sentap2 yerrr... Terima kekurangan dan kelebihan orang lain seadanya. Jadilah manusia yang sentiasa berfikiran positif. 

Jauhi perasaan dengki atau busuk hati atau rasa malu dengan kekurangan yang anak2 perolehi. Nanti anak2 mesti sedih kalau mak ayah tak yakin dengan kemampuan mereka. Malu dengan pencapaian mereka. Kadang2 anak yang tak cemerlang akademik tu la nanti yang lebih banyak menjaga kita bila dah tua sementara anak2 yang berjaya tu sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing.. biasanya gitu laa walaupun tak semua. 


Ada yang cemerlang SPM, tapi tak la berjaya sangat dalam hidup pun, sebab sekolah malas, dalam kelas lawan cikgu, tak siap keje rumah, belajar tak tinggi (haku lettewww kahjkahkahh!!!) tapi boleh la setakat nak sara diri sendiri. Nak bersedih hidup tak semewah orang lain tu tidak ler. Ku sedar diri ini..lifestyle biar sepadan dengan kelayakan akademik kehkehkehh. Masa tu rasa nak belajar lagi, tapi kekangan kewangan. Ishh sedih jugak nak flashback zaman tu. Zaman menagih simpati abg2 demi nak dapatkan RM10 untuk belanja makan memalam. Sekarang plak nak sambung belajar, komitmen lain plakk, otak makin beku..tengok la nanti2 cane. hihi

Ada antara kita yang tak cemerlang SPM, tapi berkat usaha, ade sijil, pastu amek diploma, degree dan seterusnya... Akhirnya berjaya jugak,. Semua tu atas usaha diri sendiri. Dimana ada kemahuan, kat situ ada jalan. 

Buat Haris, EE @ Maksu sayang Haris...sama sayang macam anak2 sedara yang lain. Mungkin sayang sedikit lebih sebab Haris dah takde emak nak tumpang kasih sayang. Dari kecik EE tengok Haris membesar sebab tu jer yang terdekat & selalu jumpa berbanding yang lain. Dah anggap Haris macam anak sendiri. Mak Haris dah takde, bermaknak EE dah takde kakak. EE doakan semoga Haris terus berjaya dalam hidup..di dunia jua akhirat. amin2..Insyaallah..

how time fliesssssssssss :(


status2 anak arwah kakak yang sentiasa buatku sebak :'(


satu2nya buah hati pengarang jantung & hero kesayangan



Al-Fatihah Kak Faridah. 
sejak dari 16.12.2015 sampai sekarang,
 masih lagi tak kuat untuk  menceritakan detik2 kehilangan mu secara tiba2 itu. 




7 comments :

  1. tahniah utk anak saudara, pandainyaa!
    semoga boleh berjaya dgn cemerlang di alam universiti nanti :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah syukurlah..banyak lagi cabaran ke depan.. semoga berjaya

    ReplyDelete
  3. INNALILAH.. semoga arwah dalam peliharaan ALLAH.
    Mabrukkkk to yr nephew. mmg tak elok nak compare2. anak2 akak lagi lah. exam semuanya cukup2 makan.
    but still alhamdulilah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat anak saudara tu dan takziah atas pemergian kakak. Al Fatihah...

    ReplyDelete
  5. Tahniah Haris!teruskan perjuangan adik.. InshaAllah smuanya dipermudah. :)

    ReplyDelete
  6. Takziah sis.. Semoga tabah selalu..
    Tahniah buat anak sedara sis.. Semiga apa sahaja yang diusahakan dan dirancang membuahkan hasil.. Aamiin..

    ReplyDelete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...