TINGGG!

❤ FOLLOWERZ ❤

Wednesday, 28 February 2018

ABG JAYA APPOINTMENT BUAT ACUAN TANGAN & KAKI HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) 4.12.2017



4 Disember 2017 | Gambar Along Mae @ Kakak ipar (wife abg no.2) wasap. Masuk dalam draf. Tiap kali nak update, nak karang cite pasal abang yang no.2 ni..., setiap kali tu laa air mata laju sama dengan menaip. Ramai jugak kawan2 dan sepupu tanya perkembangan abang... jawab gitu jer la. Masih cam tu..terbaring. tak kenal orang sape.. cam baby. Minum susu ikut tiub, tukar lampin, kadang2 buat neb, sedut kahak. Kadang2 kene sawan (skrg dah jarang). Semua Along dan anak2 buah yang buat. 

Sekarang abang kat umah mentua kat Lundu, Sarawak. Mentuanya jaga sebab Along dan anak2 sekolah di Kuching. Wiken or cuti sekolah, dorang balik Lundu or bawak abang gi Kuching. Tapi dengan keadaan abang camtu, susah jugak nak gerak2. Nak cite lebih2 pasal abang, hati tak kuat..air mata lah masalahnya. Still susah nak terima keadaan macam ni tiba2 jadik dalam keluarga kami..sobs..sobsss...






Ni gambar masa dorang hantar Abang Jaya @ Cikgu Sams appointment ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk buat acuan tangan dan kaki. Syirazi (anak sulung) dan Aini (anak no.2) ade kelas.. sorang kat Politeknik..sorang kat Uitm.. so tak dapat join sekali angkat ayahnya (abg). So terpaksa la harapkan Haziq (anak no.3) untuk angkat ayahnya masuk kete.

Along cakap yang budak kecik 3 orang, Nadia (anak sulung abg yang no.3), Nabila (anak kedua abg yg no.3) dengan Wawa (anak bongsu abg yang sakit tu) la tolong angkat beg2 ape yang patut.

Sebelum ni abang Jaya guna acuan tangan dengan kaki jugak tapi mende tu kene selenggara. Yang kali ni pulak buat acuan untuk kaki time baring. Sebelum ni dah buat acuan kaki untuk dia duduk. Badan dia alhamdulillah tak kurus cam yang pesakit strok biasa kita tengok tu. Badan dia sedikit berisi dari biasa masa dia sihat walafiat dulu.

Masa abang sihat dulu..dia sangat2 aktif. Sibuk dengan tugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM), pastu tukar jadik cikgu Kokurikulum kat SMK (A) Matang 2, Kuching. Weekend or cuti sekolah sama jer sibuk dia.. cam tak bercuti pun ade. Pastu bila balik kampung, dia pun sibuk jugak. Repair umah sana sini dengan anak-anaknya. Semua tak kekok buat keje2 bertukang. Sampai la 28/3/2014 mengubah segala-galanya dalam hidup kami sekeluarga. :'(





stop laa dulu..menaip kat opis dengan linangan air mata, kang orang ingat gaduh ngan laki plakk...sambung next time.. 


19 comments :

  1. semoga tabah...dgn semangat & kasih sayang keluarga, beransur pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Sis..amin2 insyaallah...Allah sebaik2 perancang :)

      Delete
  2. Moga Abg Jaya kembali sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin2..tq sis..masih lagi berharap sekurang2nya dia bgn dan menyedari kehadiran isteri, anak2 dan kami sekeluarga :'(

      Delete
  3. banyak2 bersabar dan kuat menghadapi ujian nih yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Bro..insyaallah... semoga kakak ipar dan anak2 makin kuat... dan kami jugak sekeluarga.. :)

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan segalanya. Semoga Abg Jaya sihat wal afiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Bro..amin2..insyaallah..andai ada sedikit perubahan pun kami semua sudah bersyukur... harap kami kuat menghadapi dugaan nih :(

      Delete
    2. Insha Allah, semoga segalanya baik-baik belaka

      Delete
  5. Sedihnya ..... Tapi nak buat mcm mana Allah sedang menguji. Moga isteri dan anak anak tabah menjaga suami dan ayah yg sakit.
    Nasiblah abang Mae ada pendapatan tetap kan Julie....kuranglah sikit bebanan family

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. Allah sedang menguji anak2 dan isteri. Kami juga tak ketinggalan diuji sama ada saling mengingati adik beradik, kesihatan dan keluarga.. Allah satunya yang tau ape yang terbaik dia turunkan buat hambaNya.. Alhamdulillah kakak ipar bekerja, dan abg skrg dah dapat pencen ilat.. dapat menyara anak2nya. Kami sekadar mampu bantu yang boleh... kdg2 bukan kewangan tp doa dari jauhhh yang takde sape tau.. :(

      Delete
  6. Bertabahlah dengan ujian Allah
    Semoga dipermudahkan urusan perawatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. mudah2an. Semog kita jua dibawah lindungannya..amin2

      Delete
  7. sakit itu tanda Dia syg kn kita...semoga segalanya di[ermudahkn..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEtul sis..alhamdulillah.. Allah jua sebaik2 perancang. Semoga ada hikmah dalam setiap apa yang kakak ipar dan anak2 lalui juga kami sekeluarga. :'(

      Delete



❤ KORANG SANGAT SHUWEET KALAU MENAIP DENGAN PERKATAAN SOPAN ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

❤ KLIK OLDER POSTS ❤

Aku Terima Nikahnya

❤ VISITORS

Flag Counter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...